Pensyarah terbaik dari kalangan Doktor Pakar yang berkemahiran tinggi serta berpengalaman luas dalam kepakaran bidang kesihatan masing-masing.
Berpeluang bersaing dan saling bertukar idea dengan pelajar tajaan yang cemerlang dari pelbagai negara.
Belajar MBBS di Bangladesh mudah mendapat bahan pembelajaran untuk pembedahan seperti pesakit dan mayat sebenar.
Melahirkan doktor yang berkemahiran tinggi, berfikiran terbuka, matang, dan berdaya saing dalam dan luar negara.
Belajar di luar negara dengan kos yuran dan sara hidup yang lebih rendah.
Berpeluang untuk menguasai Bahasa Ketiga dan mempelajari sosiobudaya masyarakat negara lain.
Berpengalaman lebih 10 tahun dalam menguruskan pelajar dari segi birokrasi universiti dan masyarakat tempatan.
Menjadi tempat rujukan ibu bapa dan pelajar berkaitan hal ehwal universiti
Mempunyai wakil syarikat di setiap negara yang dihantar sebagai support system bagi memudahkan segala urusan yang berkaitan pelajar di negara berkenaan.
Mampu menguruskan birokrasi universiti dengan SISTEMATIK dan PROFESIONAL dari sudut dokumentasi dan pengendalian data pelajar.
Membantu menyediakan dokumen untuk pengeluaran KWSP, permohonan Zakat, Yayasan dan lain-lain yang berkaitan untuk tujuan mendapatkan pinjaman atau biasiswa pendidikan.
Mempersiapkan pelajar dari segi mental dan fizikal dengan menyediakan Kem Persediaan Pre-Med dan Kelas Persediaan Bahasa (bagi yang berkaitan).
Mengiringi pelajar ke luar negara bermula di lapangan terbang Malaysia sehingga selesai pendaftaran di universiti luar negara.
Menyediakan tempat penginapan untuk pelajar sepanjang 1 tahun pengajian serta menyediakan perabot BARU dan menjadi hak milik pelajar sepenuhnya.
Program Orientasi pelajar baru di luar negara bersama senior di sekitar kawasan penginapan dan universiti serta iringan sesi pendaftaran, lapor diri juga suai kenal bersama staf, pensyarah dan dekan universiti.
Tetapi sebagai mahasiswa Universiti Luar Negara ketika Pandemik Covid 19
Jimat Duit, Jimat Masa
STEP FORWARD!
Ambil langkah bijak di waktu Pandemic dengan penyelesaian yang menguntungkan seperti :
1) Jimat belanja kos sara hidup di luar negara.
2) Tidak perlu bayar kos hostel atau penginapan.
Zara Zakiah Education Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat bumiputera muslim yang terunggul dalam menguruskan pelajar ke luar negara. Kami sangat komited dan bersikap profesional dalam pengurusan penghantaran pelajar untuk menyambung pelajaran ke luar negara.
Tidak. Pihak syarikat tidak menjanjikan sebarang bentuk biasiswa atau pinjaman, malah hanya bertanggungjawab terhadap pengurusan pelajar ke luar negara sahaja, NAMUN syarikat akan membantu dari sudut penyediaan dokumen sokongan bagi mendapatkan mana-mana dana, tajaan atau pinjaman
Setiap program mempunyai syarat minimum kemasukan yang berbeza.
MESIR
Perubatan:
SPM (Aliran Sains) Minima B semua subjek DAN lepasan Asasi/Matrikulasi/Setaraf
Pergigian:
SPM (Aliran Sains) Minima B semua subjek
RUSIA, INDONESIA dan BANGLADESH
Perubatan, Pergigian, Veterinar atau Farmasi:
Minima PNGK 3.00 Peringkat Matrikulasi, STPM, Asasi Sains, A-Level atau setaraf.
*Mohon hubungi kami bagi maklumat lanjut.